feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Saturday 31 December 2011
fitnah...menyiksakan......



Seorang sahabat yang dahulunya pernah melakukan kesilapan membohongi kekasihnya dan kini beliau telah benar-benar berubah. Tetapi perubahan yang dilakukannya itu, sedikitpun tidak dihargai oleh pasangannya. Mengapa setelah beliau berubah , tidak ada sedikit pun rasa percaya itu timbul di hati pasangannya? Kadang-kadang kita sukar untuk meneka hati dan perasaan orang bukan?  Kadang-kadang kejujuran itu menjadi satu penipuan baginya setelah kesilapan lalu menjadi pedoman untuk hubungan itu.
Sahabat yang melakukan kesilapan itu kini difitnah disebabkan kecurangan lepas yang telah dilakukannya. Jiwanya sangat tersiksa apabila kejujuran dan keikhlasannya kini dipertikaikan. Apa yang harus dilakukannya? Apabila segala kebenaran yang dilafazkan dianggap satu pembohongan oleh kekasihnya. Hanya kesabaran yang mampu dilakukannya dan berdoa semoga keikhlasan yang dilakukannya itu akan dihargai oleh kekasihnya.
Betapa tersiksanya jiwa insan difitnah hanya kerana kesilapan lalu yang dijadikan bahan untuk difitnah. Akhirnya kebahagiaan yang telah didapati itu, sentiasa diganggu kekalutan. Dimanakah kebahagiaan itu pergi? Adakah beliau tidak berhak mendapatkannya hanya kerana kesilapan kecurangan lalunya? Sebagai manusia, kita hendaklah memaafkan manusia lain yang benar-benar telah berubah memperbaiki dirinya. Jangan jadikan kesilapan dan kesalahan lalu it sebagai kayu ukur untuk menghukumnya pada masa hadapan. Kadang-kadang perubahan yang ikhlas itu membolehkannya berubah apabila tiadanya sokongan dan kemaafan dari insan yang disayanginya.
Apabila seseorang itu difitnah, dan kamu pula mensia-siakan keihlasan dan kejujuran insan difitnah, maka kamu adalah tergolong dalam golongan orang yang memfitnah itu. Sanggupkah kamu memakan daging anak-anak dan saudara maramu kelak diakhirat nanti diatas dosa memfitnah tersebut?
Sesungguhnya memfitnah itu lebih teruk daripada dosa membunuh!.. Fahamilah bagaimana terseksanya jiwa insan yang difitnah itu.

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.