feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Tuesday 27 December 2011
kebesaran Allah swt.Allahuakbar!

Assalamualaikum.coretan saya kali ini berkaitan dengan kebesaran Allah swt.Setiap kali saya mendengar,melihat, dan merasa kebesaran Allah swt setiap itu juga air mata saya mengalir.Ya Allah sungguh besar kebesaran mu..Adakah selama ini aku sudah bersyukur dengan semua nikmat yang kau berikan?sesungguhnya hamba mu ini hilaf..


jom tengok gambar dulu then aku story :


gambar ni aku dapat ikut fb.ni adalah salah satu pantai yang terdapat diterengganu iaitu Pantai Teluk Lipat.kejadian ini baru sahaja berlaku.kalau tidak salah 2hari lepas.






lihatlah sendiri bagaimana ombak yang begitu besar telah membinasakan benteng dan jalan.




begitu ramai yang datang melihat kejadian itu tapi adakah mereka terfikir kenapa semua ini berlaku?nauzubillah~




pokok yang dulunya gagah teguh berdiri tetapi yang kini tumbang jatuh kebumi.




apakah yang akan binasa jika berlaku kejadian yang lebih teruk daripada itu?






Cuba anda lihat gambar dan berfikir kenapa itu semua berlaku?Ya.mungkin anda akan menjawab kerana sekarang memang musim tengkujuh.Tetapi adakah anda terfikir mengapa Allah swt turunkan ini semua?Mengapa Allah swt bagi semua ini kepada kita?


Apabila hukum Allah swt dilanggar.Ulama tidak lagi dipedulikan.Nabi dihina dan dipermainkan.Maksiat berleluasa.MasyaAllah~








"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.




Sebab itu lah Allah swt turunkan bala.Itu semua kerana kita semua.Kita semua yang hina lagi tidak sedar dek untung.Sudah diberikan nikmat tetapi sombong , bongkak . angkuh dengan diri sendiri.Kamu tidak ingat kah bahawa dunia ini milik siapa?Kamu tidak sedarkah yang kamu sudah melampau?Dunia sudah diakhir zaman.Apakah kita tidak mahu berubah?Adakah kita hanya mahu terus menerus melakukan perkara yang dimungkari oleh Allah swt?subhanallah~.



“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39)





Ye memang Allah swt tidak menurunkan balasan nya sekarang.Kamu tahu kah kenapa?Pernahkah kau terfikir?Penah kah kau mencari jawapan.Jawapan nya ialah kerana Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya tidak menurunkan balasan seperti manusia zaman dulu.Adakah kau bersyukur itu semua?Tepuk dada , monolog dalam hati.Kita hidup ni untuk siapa.Kita lakukan ibadat kepada siapa.


Adakah anda pernah terfikir, 'Aku ni layak ke jadi umat Rasulullah saw?' ?cuba renung seketika.
Cuba anda fikir betapa betuah nya kita menjadi umat Rasulullah saw kerana pada zaman ini umat Rasulullah saw lah yang ramai masuk syurga tetapi hanya ORANG BERIMAN.
"Beriman kah kita?Layak ke kita menghuni bumi Allah ini?Layak ke kita menjadi umat Nabi Muhammad saw?Layak ke kita mendapat nikmat Allah yang tidak terhingga ini?"
Semua jawapan ini ada dengan anda sendiri.


Ayuh lah beristghifar.Walaupun sebesar mana dosa yang kita lakukan beringat lah Allah itu maha pemurah lagi maha pengampun.BERTAUBATLAH sementara pintu taubat masih terbuka(yakni mati).


"Agama islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Muslim dan menerima islam sebagai WARISAN." [Fathi Yakan]





“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]
Allah boleh menurunkan berbagai-bagai lagi bala untuk kita kerana Allah itu maha Esa.
Bertaubahlah~Kita berbeza dengan haiwan hanya satu iaitu AKAL.Fikirlah dan gunalah nikmat Akal itu untuk berfikir akan kebesaran Allah swt ini..

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.