feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Wednesday 11 January 2012
Insan Terstimewa , Bidadara-Bidadari Syurga ...


Lagu Namunku Punya Hati..

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Bukan kupinta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua


Ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa adalah insan2 terpilih yang dilihat Tuhan sebagai orang-orang yang hebat. Namun sayangnya, ramai yang tersalah tafsir, bila dikurniakan anak istimewa, ramai yang menganggapnya sebagai “balasan Tuhan”, “kifarah dosa”, “akibat perbuatan ibu bapa”, “sial”, “malang” dan sebagainya. Malah masyarakat memandang sebagai “simpati”.
Memang kita perlu bersimpati kepada golongan yang layak dikasihani. Tapi, golongan OKU tidak termasuk dalam golongan asnaf yang wajib dibantu atau golongan penerima zakat. Maknanya mereka berhak menjalani kehidupan harian seperti orang lain. Kekurangan yang mereka alami itu sebenarnya adalah cermin pada diri kita yang sempurna fizikal ni. Bila tengok seorang yang kurang upaya boleh berjaya, yang berupaya ni… jadi mat rempit? Mat gian? Bohsia?
Di negara kita mungkin masih kurang publisti terhadap golongan ni. Kebanyakan ibu bapa serba salah ‘nak tayang’ anak-anak mereka. Yang dah dewasa pun jarang yang keluar di media memberitakan kejayaan (bukan takde tapi jarang), yang banyaknya luahan meminta bantuan. Lagipun kita tak habis-habis menunggu bantuan dan sokongan –last2 dapat sokongan macam bait lagu di atas.
Beberapa tokoh OKU yang mungkin tak layak kita nak panggil derang OKU:

                 Oscar Pistorius – bekas pemain rugby & polo air. Kini seorang pelari pecut. KUDUNG KEDUA-DUA KAKI.



                                          Profesor Stepthen Hawkings – pakar Fizik & Matematik. CELEBRAL PALSY.



                                                                      Bruce Willis – aktor. SPEECH DISORDER.



Jessica Cox – penceramah motivasi, memiliki tali pinggang hitam dalam Taek-won Do. KUDUNG KEDUA-DUA TANGAN HINGGA KE BAHU

                                                                             Beethoven – komposer. PEKAK.

                                                                         Marla Runyan – pelari Olimpik. BUTA.
Para sahabat Rasulullah SAW yang OKU : Abdullah Ibn Ummi Maktum, Amr Ibnul Jamuh dan ramai lagi.
Mereka semua pasti menghadapi kesukaran untuk hidup seperti orang normal, lebih2 lagi yang mengalaminya setelah dewasa, seperti Tom Whittaker. Tapi dari situlah Whittaker menubuhkan CWHOG bagi memberi sokongan dan platform kepada mereka yang senasib dengannya.
Semua terletak pada hati dan tanggapan kita. Ada orang menganggap ‘mempromosikan’ tentang ‘kekurangan’ anak/diri/ahli keluarga kita sebagai tindakan yang tidak wajar, seolah2 mengeksploitasi. Ada orang menganggapnya sebagai satu tindakan yang sangat baik kerana dapat membantu ‘memulihkan minda’ masyarakat.
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. "
Saya suka menggunakan kata-kata ini ,
"Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?"
Ye.Apalah sangat pandangan orang jika nak dibandingkan dengan pandangan Allah swt.Jadi kita sebagai Manusia Pendosa lagi Hina sepatutnya bersyukur akan nikmat yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah swt.Kita tidak perlu angkuh dengan dunia yang sekadar persinggahan ini.Insan istimewa ini juga perlu dilayan dengan sewajarnya.Tidak Perlu dihina.Tidak perlu dicaci kerana mereka jugak ada sekeping HATI seperti kita semua.Bersyukurlah jika anda diberikan anugerah ini oleh Allah swt kerana Allah sayang akan kamu.
"Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki."
Hargailah apa yang anda ada sebelum semuanya hilang daripada genggaman anda..
Assalamualaikum... :)

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.