feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Saturday 31 December 2011
kisah nana dan Ayattul kursi.....




Kejadian 18 Nov itu benar-benar menyedarkan dan meyakinkan aku betapa maha hebatnya ayat itu. Subhanallah.. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan segala ayat-ayatnya bukan dengan sia-sia. Semuanya pasti ada kebaikan tersendiri.
Selesai menunaikan solat Maghrib, Al-Quran dibuka. Diselak mukasurat terakhir yang telah dibaca pada hari sebelumnya dan menyambung bacaan ayat selepasnya. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk dengan pantas.
“Nana, tolong tengokkan Hakim dalam buaian tu, mak nak pergi tengok Kak Mia sekejap. Makcik kau kata dia tak sedar”. Begitulah arahan dari ibuku.
Hatiku mula bimbang dan gusar bila terdengar sahaja perkataan ‘tak sedar’ tadi dan terus membuka telekung, menutup Al-Quran dan mendapatkan Hakim di buaian. Hakim didukung lalu dibawa ke rumah Kak Miah, iaitu sepupuku yang rumahnya bersebelahan sahaja dengan rumahku.
Pada masa itu, hanya makcik dan emak sahaja yang sedang ‘membetulkan’ Kak Mia. Aku dengan pantas memegang ibu jari kaki Kak Mia. Ditepuk telapak kakinya sambil memanggil-manggil namanya. Dia masih lagi tak sedarkan diri. Aku menyuruh makcik ketepi yang pada waktu itu berada disisinya. Jariku segera membuka matanya.
“Ya Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Takut, cemas dan risau bila tidak dapat melihat mata hitamnya. Mata hitam Kak Mia memang ditutupi dengan kelopak mata atasnya. Astaghafirullahalazim….
Pada masa itu, hanya dua perkara sahaja yang aku fikirkan iaitu samada Kak Mia pengsan atau pun telah dirasuk mahluk halus. Sebelum Kak Mia jadi begitu, dia terlanggar anaknya Danial di dapur dengan sudipnya dan sudip yang dipegangnya terkena hidung Danial. Darah terlalu banyak keluar dan suaminya pula yang baru pulang dari kerja memarahinya diatas kecuaiannya pada waktu itu. Disebabkan pendarahan yang banyak itu, suaminya segera membawa Danial ke hospital dan Kak Mia tidak ikut sama disebabkan dia baru sahaja lepas pantang. Selepas suaminya pergi ke hospital, tiba-tiba Kak Mia rebah dan terus tak sedarkan diri.Mungkin dia terlalu risau dan takut melihat pendarahan tersebut.
Aku menepuk pipinya dan memanggil namanya tapi dia masih lagi tak sedar. Telapak tangan dan kakinya sejuk dan pucat. Diletakkan balm dihidungnya supaya dia tersedar sekiranya benar dia pengsan tetapi masih gagal untuk menyedarkannya.
Aku yang sudah tidak dapat berfikir apapun dan terus membacakan

Baru sahaja dibaca Allahulaaailahailah huaal haiiyulqaiiyumm……. terus Kak Mia terbatuk. Aku yang pada masa itu terkejut dan sedikit cemas terus membaca Ayatul Kursi itu sehingga habis. Batuk Kak Mia bertambah kencang dan aku, mak dan makcik cuba mendudukkannya daripada terbaring tadi. Bila dia duduk sahaja, terdengar esakkan tangisnya yang sekejap sahaja tetapi matanya masih tertutup rapat. Kemudian dia lemah dan rebah semula.
Tanpa berlengah lagi, aku terus membaca Ayattul Kursi ke telinganya. Dia kembali batuk dan aku terus membaca Ayattul Kursi berulang kali sambil menepuk-nepuk pipinya mengharapkan dia membuka matanya. Namanya aku sahut setiap kali bacaan dihentikan. Akhirnya, matanya terbuka sedikit demi sedikit. Alhamdulillah… hatiku bersyukur ada sedikit perubahan.
Bila dia sudah sedar dan matanya memang telah terbuka, aku menyuruhnya mengucap. Alhamdulillah, dia boleh mengucap dan berselawat. Selepas kejadian itu, aku benar-benar bersyukur kepada Allah kerana telah dipilih oleh-Nya untuk melihat sendiri kekuasaan Ayattul Kursi yang diturunkan oleh-Nya. Ternyata semua ayat yang diturunkan dan disampaikan kepada kita bukanlah untuk disia-siakan dan telah diseru kepada kita dengan jelas untuk kita mengamalkannya. Ternyata sebenarnya ada mukjizat tersendiri setiap ayat-ayat Allah ini. Allahuakbar..
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
[Surah Al-Baqarah, ayat 2 &3 ]

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.