feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Saturday 31 December 2011
diduga oleh "pembawa pelita"......





Seorang lelaki muda bangun di awal pagi untuk menunaikan solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan, lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia mengganti baju, berwudu’, dan berjalan semula menuju ke masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi sekali  di tempat yg sama! Dia, sekali lagi  bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi mengganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju ke masjid.

Tiba-tiba dalam perjalanan  menuju ke masjid, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sedang memegang pelita. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab  ” Saya melihat kamu terjatuh 2 kali semasa dalam perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan pelita untuk menerangi jalan kamu.” Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan bersama menuju ke masjid.

Bila sampai sahaja di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawakan pelita itu untuk berjemaah subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya tetap sama.

Lelaki muda bertanya, “kenapa awak tidak mahu berjemaah bersama saya ?.”
Lelaki pembawa pelita itu pun  menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Aku melihat kamu berjalan ke masjid, dan akulah yang membuatkan kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Aku  bimbang  jika aku membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dengan selamat..’
_____________________________________________________________________________________________
MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yang ingin kita lakukan,  kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yang bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.