feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Friday 30 December 2011
siapakah orang yang muflis itu??




Muflis, bankrap, rugi dan segala perkataan yang membawa maksud ke arah itu menjadi ketakutan sesiapa sahaja. Mereka mula terbayangkan hidup tanpa harta, hilang keseronokan, tidak mampu bermewah-mewahan, hilang kawan dan segala-gala keseronokan di dunia. Itu yang menjadi ketakutan mereka.
Beberapa kerat sahaja yang terfikirkan mengenai kebankrapan yang boleh terjadi di alam akhirat. Ramai tidak menyedari bahawa itu lebih memeritkan.
Namun manusia, sentiasa alpa dan lupa bahwa adanya kehidupan selepas kematian. Inilah tempat yang kekal dan segala kebaikan dan kejahatan akan mendapat pembalasan di sini.
Pernahkah kita menguji minda dan diri untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada pandangan mata kasar. Pernahkah bertanya siapakah di antara kita yang dikira mereka yang muflis.
Dan pernah pertanyaan begini ditanya pada zaman Rasululullah SAW. dan para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)".
Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Begitu jugalah pada zaman kini. Apabila disebut perkataan muflis maka terlintas di fikiran mengenai seseorang yang tidak berduit dan harta dan memiliki hutang yang tidak mampu dibayar.
Namun begitu, Rasulullah SAW. pernah bersabda dan menerangkan mengenai maksud dan pengertian muflis itu yang sebenarnya. Sabdanya bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Adakah engkau semua tahu, siapakah orang yang muflis itu?"
Para sahabat menjawab: "Orang muflis di kalangan kita ialah orang yang sudah tidak memiliki lagi sedirham pun atau sesuatu benda apapun."
Baginda s.a.w. lalu bersabda: "Orang muflis dari kalangan ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya, tetapi kedatangannya itu dahulunya - ketika di dunia - pernahmencaci orang ini, mendakwa serong kepada seorang ini, makan hartaseorang ini, mengalirkan darah seorang ini - tanpa dasar kebenaran, pernahmemukul seorang ini. Maka orang yang dianiaya itu diberikan kebaikan orang tadi dan yang lainpun diberi kebaikannya juga. Jikalau kebaikan-kebaikannya sudah habis sebelum terlunas tanggungan penganiayaannya, maka diambillah dari kesalahan-kesalahan orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, selanjutnya orang itu dilemparkanlah ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)
(Riyadhus Solihin hadis ke-218)

Labels:


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.